OBJEKTIF KELAS ANTENATAL
MENGAPA PERLU SENAMAN
- Memberi maklumat yang sebaiknya dalam proses mengandung dan melahirkan anak.
- Mengelakkan sebarang komplikasi sepanjang tempoh mengandung, semasa bersalin dan selepasnya.
MENGAPA PERLU SENAMAN
- Untuk menguatkan otot lantai pelvik dan otot abdomen.
- Meningkatkan keupayaan otot untuk mengawal kencing.
- Dapat mengurangkan sakit serta bengkak kaki ketika mengandung.
OTOT LANTAI PELVIK (PELVIC FLOOR MUSCLE)
- Otot lantai pelvik adalah terdiri daripada beberapa lapisan otot dan tisu elastik yang memberi sokongan kepada rahim, pundi kencing, faraj dan dubur.
Punca kelemahan otot lantai pelvik:
- Kekerapan kehamilan dan kelahiran.
- Kekerapan meneran semasa sembelit.
- Selalu mengangkat barang berat.
- Individu yang terlalu gemuk.
- Penambahan hormon sewaktu menyusukan anak dan menopause.
Kelemahan akan menyebabkan :
- Incontinence
- Otot faraj kendur
- Prolapse – organ peranakan kendur dan jatuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan