Isnin, 12 Januari 2015

KATEGORI SENAMAN:

Dikategorikan kepada 5 bentuk senaman :
  1. Senaman RelaksasiSenaman  Pernafasan
  2. Senaman Peredaran Darah
  3. Senaman Lantai Pelvik (Kegel)
  4. Senaman Abdominal
  5. Penjagaan Postur dan Tulang Belakang

1. SENAMAN PERNAFASAN

Untuk mengembalikan cara pernafasan yang betul, menolong dalam relaksasi dan mengurangkan keletihan.
  • Pernafasan Diafragmatik
  • Pernafasan ‘Lateral Costal’

2. SENAMAN PEREDARAN DARAH


     Saranan:

  • Elakkan berdiri dan duduk setempat terlalu lama.
  • Lebih baik berjalan daripada berdiri.
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa dimana pakaian ketat akan memperlahankan sirkulasi.
  • Pakai kasut yang bersesuaian dengan tapak kasut yang rendah dan besar.
  • Tinggikan kaki semasa baring.
  • Sentiasa bersenam.


3. SENAMAN LANTAI PELVIK (KEGEL EXERCISE)

     Posisi: Berdiri, duduk atau baring.
  • Perlahan-lahan tarik lubang faraj ke atas dan rapatkan saluran kencing dan dubur.
  • ( seperti menahan kencing )
  • Tahan selama 3 hingga 5 saat kemudian lepaskan. ( Ulang 5kali )
  • nda juga boleh mengemut dan lepaskan dengan serta merta.



4. SENAMAN ABDOMINAL

  • Untuk menguatkan otot abdomen.
  •    Senaman Static Abdominal
     Arahan: Baring, bengkokkan lutut, kempiskan perut ke dalam, tahan posisi 10  
     saat.
 

5. SENAMAN BRIDGING

     Arahan: Baring, bengkokkan lutut, angkat punggung ke atas dan tahan kiraan 10.
     (Ulang 10 kali)


6. SENAMAN PELVIC TILTING

     Arahan: Baring, bengkokkan lutut, lentikkan pinggang dan kembali ke posisi asal.
     (Ulang 10 kali)


7. SENAMAN CAT & CAMEL

     Arahan: Posisi merangkak dengan keadaan belakang yang tegak.
  • Kecutkan otot perut, dan tolakkan belakang anda ke atas sedikit. Tahan kiraan 5.
  • Luruskan kembali ke kedudukan asal. (Ulang  6-8 kali)

    

Berhenti lakukan senaman sekiranya:

  • Pendarahan /pengeluaran cecair dari faraj
  • Sakit dada
  • Pening kepala
  • Kesukaran bernafas
  • Kontraksi Rahim
  • Pergerakan fetus perlahan

8. PENJAGAAN POSTUR DAN TULANG BELAKANG